CERITA 1:BAYI, IBU DAN MALAIKAT
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan di dunia. Dia bertanya kepada Tuhan: “Para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimku ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana, saya begitu kecil dan lemah?”
Tuhan menjawab, “Kami telah memilih satu Malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu.”
“Tapi di sini, di dalam syurga, apa yang pernah saya lakukan hanyalah bernyanyi dan ketawa. Ini sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
“Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia.”
“Tapi bagaimana saya boleh mengerti saat orang-orang berbicara kepadaku jika saya tidak mengerti bahasa mereka?”
“Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berbicara.”
“Dan apa akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada-Mu?”
“Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa.”
“Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?”
“Malaikatmu akan melindungimu, walaupun hal tersebut mungkin dapat mengancam jiwanya.”
“Tapi saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihat-Mu lagi.”
“Malaikatmu akan menceritakan padamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu dapat kembali kepada-Ku, walaupun sesungguhnya Aku akan selalu berada di sisimu.”
Saat itu syurga begitu tenangnya sehingga suara dari bumi dapat terdengar, dan sang anak bertanya perlahan, “Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, boleh Engkau memberitahuku nama malaikat tersebut?”
“Kamu akan memanggil Malaikatmu, Ibu.”
KAITAN DENGAN ISI
Tingkatan 3, Bahagian Adab dan Akhlak Islamiah
Pelajaran 21 : Adab Terhadap Ibu Bapa
1.Kewajipan menghormati ibu bapa secara amnya
2.Anak wajib menghormati dan menyayangi ibu terutamanya kerana dialah yang melahirkan dan bertindak sebagai pelindung kepada anak-anak. Kewajipan ini perlu dilaksanakan kerana ibu telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dengan sebaik-baiknya.
PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN
- Di awal pembelajaran supaya pelajar mendapat gambaran awal pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa dan kewajipan menghormati keduanya terutama ibu.
ATAU
- Sebagai kesimpulan supaya dapat menyedarkan dan mengukuhkan pemahaman pelajar kepentingan menghormati ibu bapa.
CERITA 2:DIALOG MALAIKAT DENGAN KERBAU, KELAWAR DAN CACING
Suatu hari Allah s.w.t. memerintahkan Malaikat Jibril a.s untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya iaitu kerbau dan menanyakan pada si Kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah s.w.t sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si Kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si Kerbau, “Hai Kerbau, apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kerbau?”
Si Kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”. Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor kelawar.
Malaikat Jibril a.s mendatangi seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si Kelawar, “Hai Kelawar, apakah kamu senang setelah dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai seekor kelawar?”
“Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daraipada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab si Kelawar.
Mendengar jawapan itu, Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibrail a.s. bertanya kepada si Cacing, “Wahai cacing kecil, apakah kamu senang setelah dijadikan Allah s.w.t sebagai seekor cacing?”
“Si Cacing menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, daripada dijadikan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya.”
KAITAN DENGAN ISI
Tingkatan 2, Bahagian Tilawah Al-Qur’an
Pelajaran 1 : Hidayah Sumber Kebahagiaan
1.Bersyukur secara amnya
2.Makhluk-makhluk lain bersyukur tetapi manusia selalu lupa untuk bersyukur kepada Allah di atas segala nikmat yang diberi terutamanya nikmat iman.
3.Sebagai seorang manusia, kita diwajibkan bersyukur dan melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita terutamanya beramal soleh sebagai bekalan di akhirat kelak.
PENGGUNAAN DALAM PENGAJARAN
- Di tengah sesi pembelajaran, selepas menerangkan konsep bersyukur supaya pelajar dapat memahami dengan baik apa yang dimaksudkan dengan ‘bersyukur”.
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment